Plot Poseidon (filem)

Keseluruhan cerita ini berkisar di dalam kapal terbalik bernama Poseidon dalam pelintasan trans atlantik. Ketika dalam pelayaran , kapal persiaran Poseidon dilanda gelombang ombak yang besar setinggi hampir dua kali ganda besar kapal itu . Kapal itu terbalik ke sebelah kanan dan kemudian dasarnya ke atas dan bahagian dek ke bawah. Tentunya filem berkaitan dengan bencana alam yang membabitkan tsunami. Tsunami di Acheh terjadi pada 26 Disember 2004.

Kapal serba mewah itu penuh dengan kegiatan perjudian , tari-menari dan homoseksual. Jennifer Ramsey dan teman lelakinya Christian adalah pasangan intim yang akan melangsungkan pertunangan. Sementara bapa mereka tidak merestui hubungan tersebut . Bapanya bekas datuk bandar New York ialah Robert Ramsey , turut serta dalam pelayaran itu untuk melihat abangnya yang sakit di New York.

Segala-galanya menjadi tunggang-langgang setelah gelombang ombak tsunami menghempas kapal mewah itu.